Saturday, May 31, 2014

Mee Rebus Hj Wahid :)

Assalamualaikum and hiii semua :)

i'm so happy..., sebab hari ni dapat makan my favourite food mee rebus. Tadi petang keluar dating dengan ibu je pegi makan mee rebus ni. Dari kecil hingga besar memang suka la sangat2 makan mee rebus hj wahid. Kalau pegi makan tempat yang ada mee rebus je mesti order makanan tu je. 


Mee Rebus Hj Wahid


Sedap hokeyyy mee rebus ni, sekali makan rasa nak bungkus sekali bawa balik rumah. sebab nanti bila lapar boleh makan mee rebus ni lagi. heee maaf gambar tak cantik sebab mee tu dah makan lepas tetiba baru terfikir nak kongsi gambar dekat blog :)


Tengok ibu qila tu, makan sampai tak nampak anak dia amik gambar.heee


Selfie sekejap dalam kereta after pegi makan.
(abaikan muka macam pucat tu )







*terima kasih kerana sudi membaca*

Wednesday, May 28, 2014

Header Blog Yang Baru :)

Assalamualaikum and hiii semua...

Semalam ade someone nak tolong buatkan header baru untuk qila. Sangat la baik hati tuan empunya blog tu nak tolong buatkan header untuk qila. Qila sangat-sangat appreciate segala usaha dia nak buatkan qila header yang baru.. comel sesangat header yang dia buatkan untuk qila.





* Ni header baru qila. tq so much fiqa comel sebab buatkan qila header baru. Qila dah guna pun header yang fiqa bagi ni. heee



Friends jom singgah dan follow fiqa comel punya blog. Blog fiqa ni sangat sangat lain daripada yang lain. Ala-ala Detective Conan gituuuuuu, sangat interesting hokeyyyy :)



Sunday, May 25, 2014

Bubur Ubi...

Assalamualaikum and hiii semua blog readers...

Menu minum petang tadi my mom buat dessert untuk my family makan. Mula2 my mom nak buat ubi rebus makan dengan sambal tapi my brother minta bubur ubi, then my mom kata oklah untuk anak2 ibu, ibu buatkan la juga bubur ubi. sangat sedap ok bubur ubi nie. tapi dalam bubur ubi ni tak da sagu biji my mom tak sempat nak beli. sebab tetiba je nak buat bubur ubi ni.



Buat bubur ubi ni guna santan, gula melaka, garam, dan tidak lupa juga ubi rebus, tepung jagung sikit. 
kalau nak lagi sedap lagi letak sagu bji.





Gambar dibawah bila bubur ubi dah siap. Sedap sesangat.


Friday, May 23, 2014

Menu hari ini...

Assalamualaikum and hiiii semua.

Hari ni my mom masak something favourite qila, spaghetti ala orang melayu dan diubahsuai resepi oleh ibu qila...hehe Dessert pula ibu qila tak buat tapi beli je. ok qila memang suka makan cheese and coklat. that my favourite. Then pegi beli pisang goreng cheese. Ya Allah sedap sesangat. pisang goreng tu kan panas lagi then bila letak cheese with coklat dia mencair dekat atas pisang goreng tu. sedap ok. Lagi2 waktu hujan dan sejuk ni asyik nak fikir pasal makanan je. 

Spaghetti yang sedap


(spaghetti daging and sayur sikit)

Pisang goreng cheese


(pisang goreng, letak cheese, lepas tu letak coklat dengan coklat rice)

Wednesday, May 21, 2014

Hadiah untuk Ibu...

Assalamualikum and hii semua.

Hari ni, qila nak tanya pendapat korang, Ape yang sesuai nak beri hadiah untuk birthday untuk ibu? Birthday ibu qila pun dah semakin dekat, qila nak siapkan awal2 sebab senang nanti tak payah pening2 nak cari hadiah. Qila dah buat list barang yang nak diberi kepada ibu qila. Tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.


1) Handbag


2) Telekung 



3)Perfume


4) Tudung



p/s: terima kasih sudi membaca, tolong qila buat pilihan...huhu 

Monday, May 19, 2014

Cerita Frozen

Assalamualaikum and hiii....

Rasa macam dah lama pulak tak update blog. hehe selalu singgah blog orang lain je. then hari ni baru menyempat nak update. hari ni qila free sikit sebab tak de anak buah yang nak kacau masa taip-menaip ni. 

Alkisah cerita bermula...., semalamkan hari ahad mak cik dan pak cik qila datang rumah bawa anak2 dieorang umur dalam 6 tahun dengan 8 tahun rasanya. then anak makcik dengan pak cik qila yang umur 6 tahun ni, boleh hafal semua lagu2 dalam cerita fozen. bijak2. Qila pun suka cerita frozen dan lagu-lagunya tapi tak adalah sampai menghafal setiap lirik-lirik lagu untuk cerita Frozen.

Cerita Frozen ni bagus untuk kanak-kanak menonton. sebab cerita forzen ni ada pengajaran yang baik untuk kanak-kanak. Sebenarnya kanak-kanak senang mempelajari dan mengingati apa yang dia lihat, dengar dan melihat. ibu bapa yang kena menjaga dan memberi contoh yang baik untuk anak-anaknya. walaupun anak tersebut suka menonton cerita2 kartun or animasi, ibu bapa perlu membahagikan masa anak2 mereka dengan belajar dan aktiviti masa lapang mereka.


Lagu untuk cerita Frozen.

LET IT GO VERSI ENGLISH DAN MELAYU





IN SUMMER 


FOR THE FIRST TIME IN FOREVER




Tuesday, May 13, 2014

Resepi Pancake Mudah

Assalamualaikum and hiiii semua.

Pagi ni nak kongsi dengan korang resepi pancake mudah. hehe resepi nie pun cari dekat google sebab teringin sangat nak makan pancake yang gebu tu yang bangun pagi terus mengoogle. qila terfikir nak buat pancake ni sebab nak makan dengan nutella. hoookeyyy qila hantu nutella. suka sangat2 makan nutella. nutella makan dengan pancake sangat2 la sedap. tapi lepas cek peti ais ade tak semua barang lupa-lupanya tak de susu segar la pulak. cancel buat hari nie, buat esok pulak. 



Resepi pancake mudah 



Bahan-bahan:
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 1 sudu kecik
Telur 1 biji
Gula 2 sudu
Susu segar 1 cawan

Cara-cara :
1) first sekali asingkan kuning telur dan putih telur.
2) Pukul putih telur sampai kembang guna mesin buat cake tu. pukul sehingga kembang jadi macam warnah putih.
3)Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dengan baking powder, gaul kan mereka biar sebati.
4)Masukkan telur kuning, gula dan susu, lepas tu kacau sebati, lepas tu masukkan tepung tadi, kacau... dan tapis adunan ini sebab takut ade ketul-ketul nanti.
5)Masukkan telur putih yang telah dipukul tadi...guna cara kaup balik...lepas tu siap dah tepung pancake gebu gebas :)
6)Dah siap tepung pancake, korang sendukkan tepung tadi tuang atas kuali non stik.
Kuali non stik takkan melekat. tapi kalau guna kuali biasa letak sikit marjerin.
7)Dah siap pancake boleh makan dengan nutella tau dengan jem. ikut suka hati korang nak makan dengan ape je.

p/s : gambar dengan resepi atas daripada encik google. selamat mencuba :)


Saturday, May 10, 2014

Water Park

Assalamualaikum and hiiii semua.

Hari ni cuti korang semua buat apa je? qila cuti hari ni duduk rumah je. Esok kemungkinan pergi mandi2 dekat Karosel Water Park JB.  Anak buah qila memang minat nak mandi2 ni, tu yang mummy dengan ayah dia terfikir nak bawa anak dia pegi ke tempat water park yang sesuai untuk anak dia. Then qila bagi idea dekat kakak ipar qila ni bawa anak dia ke Karosel Water Park JB. Sebenarnya qila pun tak pernah jejak tempat tu, tapi sekadar mencuba sebab water park tu tertutup, maksudnya kalau panas pun tak kisah nak mandi lama kat sana. kalau hujan pun tak perlu lari untuk berteduh sebab water park ni memang ade bumbung ok.

Qila tanya sedare qila yang dah pegi sana semua kata best. Almaklum tanya budak2 mesti dia kata bestkan. tu yang qila pun macam teruja nak tengok tempat water park tu.hehe dah macam budak kecik pulak qila ni.

Bayaran masuk ke Karosel Water Park untuk hari cuti sabtu ahad:
Dewasa  RM 20
Kanak-kanak  RM 15
Dewasa not swim RM10

*Kanak di bawah 90 cm free









P/S : gambar semua dekat atas tu dapat daripada encik google. Cantik kan tempat mandinya, mesti kalau kanak2 kecil yang tengok tempat mandi2 ni mesti suka. Kalau datang ke JB bolehlah ke Karosel Water Park JB ni.

Alamat : KAROSEL WATER PARK
PTD 71045,JALAN DANGA,TAMAN NUSA BESTARI 2 81300 ,SKUDAI JOHOR
Depan PASARAYA BESTMART,tepi SUPER STEAMBOAT




Friday, May 9, 2014

Alhamdulilah....

Assalamualaikum and hiii semua.




morning semua, hari jumaat yang penuh keberkatan, Alhamdulilah ya Allah. bersyukur sangat dengan result yang diberikan. tepat 1.30 pagi result dah keluar, berdebar nak tnggu result pagi tadi. Alhamdulilah. ape yang kita usahakan itulah yang akan kita dapat. Insyaallah sem 6 akan terus berusaha dan akan terus berusaha untuk mendapatkan result yang cemerlang :)

Thursday, May 8, 2014

tips atau cara mengawal perasaan gugup atau gementar (nervous)

Assalamualaikum and hii semua.

rindunya dekat blog nie, dah lama juga qila tak update dekat blog nie, cehwahhh sebenarnya baru 2 hari tak update tapi macam dah lama pula rasanya. hehe hari ni qila nak bagi tips atau cara untuk kita mengawal perasaan gugup atau gementar. perasaan gugup atau gementar ni memang semua pernah lalui. 

mereka yang mula merasa gugup atau gementar mula tidak duduk diam, rasa berdebar-debar, dan berpeluh2. qila pun mula rasa gugup atau gementar nie sebab esok result nak keluar. tu yang tercetus idea nak buat post pasal nervous ni. bila nak dapat result je mesti berdebar2. rasa seram sejuk nak tunggu result.huhu 


tips atau cara mengawal perasaan gugup atau gementar (nervous) :

1) Banyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin

2) Lakukan pernafasan sehingga anda rasa lega. tarik nafas sedalam-dalamnya lepas tu hembus. anda akan rasa perasaan gugup anda semakin berkurangan.

3) Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin dan pasti boleh berjaya.

4)Katakan pada diri sendiri apa sahaja yang akan berlaku atau terjadi anda sedia untuk menanggungnya atau redha terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

p/s: semoga tips2 ini dapat menbantu korang kurangkan perasaan gugup (nervous). Doakan qila dapat result yang cemerlang :)

Monday, May 5, 2014

coconut shake Batu Berendam, Melaka

Assalamualaikum and hiiii.
hari sabtu dan ahad yang lepas, qila ke Melaka dengan keluarga. tu yang tak sempat nak blogwalking atau update blog. qila ke Melaka ade jemputan kahwin. lepas ke jemputan kahwin tu qila dengan keluarga semua pegi ke coconut shake dekat Batu Berendam. mula-mula qila nak ke coconut shake dekat Klebang tapi jem pulak banyak kereta, hari cutikan mesti ramai yang keluar bawak anak2, tu yang qila ke coconut shake Batu Berendam je. Ramai jugak orang dekat tempat yang qila pegi ni, nasib baik qila dengan keluarga dapat tempat duduk.


gambar dekat bawah ni dekat jemputan kahwin, sempat qila selfie dengan sedare qila yang kecik ni , sdare qila yang kecik ni memang tinggal dekat Melaka, so die dengan mak cik pakcik qila yang bawak qila sekeluarga jalan2 dekat Melaka.

gambar kedai coconut shake Batu Berendam. selain coconut shake, kedai nie ade jual yong tau fu, sos yong tau fu die sedap sesangat.

see tengok gambar bawah nie, barang2 dekat kedai ni memang tersusun betul plus bersih kedainya.

Jangan risau sape yang pergi ke kedai coconut shake batu berendam ni, boleh tambah air kelapa muda kalau dah habis ok. free je nak tambah!

gambar dekat bawah ni, special coconut shake.
sedap ok! 

see dekat bawah nie, ibu qila menghayati minum coconut shake. sedap sangat tu yang tak pandang kiri kanan. hehe

gambar bawah ni, sedare qila die tak suka minum coconut shake, tapi die suka makan aiskrim je.hehe


p/s: mai ramai2 datang kedai coconut shake batu berendam, memang sedap dan selesa minum makan besama keluarga dekat kedai ni.

Friday, May 2, 2014

cara hilangkan jerawat

Assalamualaikum and hiiiii. 
post terbaru cara hilangkan jerawat.
perempuan memang tak suka dengan jerawat macam qila jugak. qila pun tak suka ade jerawat dekat muka. muka qila memang berminyak sikit. lepas tu senanglah jerawat nak naik. huhu sedih. bila naik jerawat mula gelabah nak hilangkan macam mana. dekat bawah qila bagi cara2 hilangkan jerawat yang selalu qila amalkan. 

nampak tak gambar dekat bawah nie, budak nie tak nak pegi sek sebab ada jerawat.hehe korang yang masih sek jangan buat macam nie, hanya sebab jerawat korang tak nak pegi sek pulak. nanti mak ayah marah korang.



cara hilangkan jerawat :

1) ambil bedak sejuk campur dengan garam dan air asam jawa. selawat lepas tu sapu dekat tempat jerawat tu. korang kena rajin buat selalu kalau nak hilangkan jerawat dengan cepat ok. qila kadang2 je guna nie sebab malas nak buat campurannya.qila nak senang selalu pakai bedak sejuk je.

2) ambil telur, lepas tu ambil yang putih je taw, then kacau sikit2 dan boleh sapu ke muka. putih telur nie bagus kurangkan minyak dekat muka. qila selalu guna petua yang nie sebab mudah sangat plus kat rumah memang selalu ade telur. qila guna putih telur nie selalunya sebelum tidur. gunakan dalam 10-15 minit je taw. lepas tu korang bilas dengan air.

p/s: korang kena rajin amalkan baru menjadi dan berkesan nak hilangkan jerawat, selamat mencuba :)

Thursday, May 1, 2014

Giveaway Eikingg







Tekan Banner Untuk Join

Hadiah yang ditawarkan : 

1. Blouse Black White
2. Peplum Maroon Baldu
3. Egg White Face Mask x 2
4.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2
5. Topup RM10

What I choose : 

1. Blouse Black White
2. Egg White Face Mask x 2
3.Topup RM10 



Tarikh tamat : 1 / 6 / 2014
Tarikh pemenang diumumkan : 5 Jun 2014