Wednesday, April 30, 2014

wideshawl localoca

Assalamualaikum and hai semua...

qila nak cerita pasal online shop nie. nama die Localoca. yang girl2 nie ade yang minat wideshawl tak? ok kalau ade qila suggest online shop yang best dan jual macam2 corak wideshawl. localoca online shop nie tengah update die punye web, tengah tambah wideshawl.so malam nie jugak die update. qila memang suka beli dekat online shop nie.murah ok die jual wideshawl ade plain dan corak.

insta : LOCALOCA_MY

insta localoca

dua gambar kat bawah nie qila pakai wideshawl daripada Localoca.
selesa dipakai, senang dibentuk, dan juga lebar shawl nya.






p/s: harga pun murah so beli dekat Localoca :)

Tuesday, April 29, 2014

Pot's kitchen




Assalamualaikum,
hai semua...

Malam nie qila nak cerita pasal Pot's kitchen area Jb, tempat makan yang best yang boleh korang singgah kalau ke JB la...., Jb nie ade macam tempat makan yang sedap salah satunya Pot's kitchen nie la...
qila paling suka dessert kat Pot's Kitchen, macarons yang Chef  Dato' Fazley punye tu sukasucre.
memang sedap tapi kena cepat beli, kalau tak sekejap je habis..., semua makanan dekat Pot's Kitchen semuanya sedap termasuk air die. so yang dekat jb boleh try pegi tempat nie ok.


macarons yang sedap :)



Alamat Pot's Kitchen :  No.8 Jalan Pahang
Johor Bahru, 80000 Johor

dulu dan sekarang!

Assalamualaikum, hai semua....

hari nie qila nak post pasal anak buah qila yang comel plus bambam. hehe nak tahu berat anak buah qila nie 9.3 kg umur 10 bulan. berat ke? nurse kata die punya ok je. tapi bila orang lain tengok semua cakap bambam nye anak buah qila. 



DULU

bawah nie gambar zara anak buah qila masa baru lepas lahir. umur baru sebulan kot. tak pasti lupa.
masa die lahir qila happy sangat2, yelah dalam family qila mana ade adik perempuan atau kakak.huhu
tu yang happy sangat2...





SEKARANG

Bawah nie gambar zara yang terbaru...
zara yang makin bambam...



p/s: mak uda sayang zara sangat2, Insyaallah zara jadi anak yang baik buat mummy dan ayah zara ok. 

Sunday, April 27, 2014

Roti telur versi Chef Qila

Assalamualaikum,

hai blog buddies...
hari nie qila nak share resepi, petang tadi qila lapar, so qila terfikir nak buat makanan simple je, hari nie chef qila nak kongsi resepi roti telur versi chef qila. hehe roti telur yang simple tapi sedap. qila tahu mesti ramai pandai buat roti telur nie kan. tapi qila tetap nak kongsi dengan korang.....



Roti Telur versi Chef Qila


Cara-caranya:
1)sediakan pinggan, kuali leper, roti dipotong tengah, garam, serbuk lada hitam dan marjerin.
2)pecahkan telur dalam pinggan, lepas tu masukkan garam sedikit, serbuk lada hitam sikit dan kacau sebati.
3)kuali leper dipanaskan dan diletakkan sedikit marjerin diatas kuali.
4)roti yang dipotong tu dicelupkan dalam bancuhan telur tadi dan boleh digoreng.
5)terbalikkan bila dah nampak kekuningan.
6)selepas habis dirogeng boleh dimakan.


jeng....jeng...jeng... dah siap roti telur versi chef qila, qila makan roti telur nie dengan sambal yang ibu qila buat. tapi kalau korang nak makan dengan sos pun boleh. sedap jugak makan dengan sos.




selamat menjamu selera dan selamat mencuba resepi chef qila :)

Saturday, April 26, 2014

hello blog buddies :)

Assalamualaikum, 

hai semua, petang sabtuday nie, qila nak share gambar kucing2 qila. sebenarnya tak tahu nak share ape dengan korang. almaklum hari nie tak de idea pulak. jadi citer pasal kucing jela eaaa. pagi tadi qila keluar hantar kucing gi klinik vet. 



hari nie tema baju merah. hehe semangat nak hantar kucing gi klinik.
belakang tu nampak tak kucing colour putih tapi die sembunyi. sebab tak suka selfie. 



bawah nie kucing kesayangan.
alahai comel bebetul bila pose macam tu.
yang atas tu colour oren plus putih tu nama die cici. 
yang bawah cici yang putih suci murni tu nama ciko. ciko memang tak suka selfie.


nie dekat bawah nie kucing kesayangan qila lagi.
yang colour hitam macam corak2 sikit tu nama die tomok. 
cuba tengok mata tomok amik kau besar betul, macam nak makan orang.hehe 
yang warna putih plus campur hitam tu nama die suci. kenapa nama suci? entah ea abg qila yang bg nama die macam tu. lagipun suci nie kucing abg qila. qila tolong jaga kejap je.




CATS LOVER

Friday, April 25, 2014

Resepi : Tiramisu oreo

Assalamualaikum...

hai blog buddies,
qila nak share resipi tiramisu oreo. resipi nie pun qila dapat daripada ibu qila. so qila kongsikan dengan korang ok.

First sekali sediakan bahan-bahan yang nak digunakan.
1)cream cheese 250ml
2)whipping cream 250ml
3)biskut oreo
4)gula 2 sudu besar


cara-caranya:

1) putar (cream cheese, whipping cream dan gula aising) guna mesin buat kek tu sampai kembang atau jadi macam creamy. Gula aising tu korang boleh agak2 nak letak berapa banyak. kalau nak kurang manis boleh kurangkan gula ok.

2)biskut oreo dihancurkan ikut suka korang nak hancur besar2, atau halus2... 

3)sediakan bekas then buat first layer biskut oreo. kemudian lapiskan dengan adunan yang first step tadi.buat berlapis2 sehingga penuh dalam bekas.

4) masukkan tiramisu oreo yang dah siap kedalam peti sejuk (bukan yang tempat beku tu taw) selama 5 jam atau biarkan semalaman 

5) lepas 5 jam atau semalaman, jeng jeng jeng.... dah boleh makan.




p/s:  kalau ada apa2 pertanyaan boleh comment dibawah ok :) selamat mencuba. 

tiramisu oreo

Assalamualaikum,

haiii blog buddies :)
hari nie hari gemukkan badan yang dah sememangnye dah gemuk. hehe sebab banyak sangat makan tiramisu oreo yang lazat lagi sedap. bila makan sekali rasa nak lagi. korang jangan meleleh air liur sebab tengok tiramisu oreo qila punya taw. hehe



jeng...jeng...jeng bawah nie tiramisu oreo. sedap ok..



kat bawah nie bahan-bahan penting untuk buat tiramisu oreo.
1)cream cheese
2)whipping cream
3) oreo




korang nak resipi tiramisu oreo ke? kalau nak qila update lagi ok. :)

morning

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua. hari nie qila nak buat tiramisu oreo. tu yang online kejap pagi nie. 
nanti qila update lagi bila dah siap buat tiramisu oreo. 


semoga hari nie lebih baik daripada semalam. :)

Tuesday, April 22, 2014

i love novel

Assalamualaikum,

novel? hari nie qila nak cerita pasal novel.qila tahu mesti ramai yang suka baca novel kan. lagi2 perempuan mesti suka baca novel. tapi ade jugak perempuan yang tak minat baca novel nie semua. tak pe yang penting qila suka baca novel. hehe Novel nie macam satu ilusi dan kita-kita perempuan nie suka baca sambil menghayati. fefeeling sambil baca novel. perempuan selalunya sambil baca novel sambil berangan. hehe qila memang suka baca novel sambil berangan nie. i like.... qila baca novel nie pun untuk isi masa lapang je. 

untuk kaum lelaki pula kebanyakannya memang malas nak membaca novel. selalunya lelaki memang kurang nak baca novel cintan cintun nie. macam kawan qila yang lelaki bila qila bagi novel je die kata malas nak baca. asyik pasal cinta je, die kata bosan plus mengantuk.

qila dari sekolah menengah memang sangat sangat minat baca novel. qila pun ade kumpul sikit2 koleksi novel yang qila minat. novel yang qila ade kebanyakkan qila beli guna baucer yang kerajaan bagi tu untuk pelajar2 U.  qila selalunya beli novel terbitan karangkraf, kaki novel dan penulisan2u. banyak novel yang dah dijadikan drama dekat tv. qila paling minat love u mr. arogant, jalan cerita dalam novel pun menarik. bila jadi drama lagi la best. 

i love novel !


koleksi separuh novel qila...











Monday, April 21, 2014

Eye bag or sembab mata

Assalamualaikum.
korang semua mesti penah ade eye bag... 
tipulah klau takde. lagi2 pelajar, mesti ade. qila pun ade eye bag. qila sentiasa amalkan mestilah ambil wuduk kan, lepas tu qila selalu amalkan minum air putih. itu membantu kurangkan eye bag qila. kalau nak kurangkan eye bag, korang kena kurangkan tido lewat. sebab selalu tido lewat nie yang menyebabkan ade eye bag. maybe petua2 dekat bawah nie dapat bantu kurangkan eye bag korang. semoga berjaya hilangkan eye bag.










1. Wuduk
Sentiasa mengamalkan wuduk sekerap yang mungkin kerana dengan itu bukan sahaja mata malah seluruh wajah anda akan tampah berseri dan bercahaya. Wuduk juga mampu menyegarkan muka dan membersihkan muka dari kotoran akibat terdedah kepada persekitaran sepanjang haro.

2. Ketulan Ais/ Ais Batu
Kaedah ini antara kaedah lama dan yang kerap diamalkan terutama untuk mengurangkan bengkak pada bahagian bawah mata. Ia dilakukan dengan cara membungkus ketulan ais dengan kain dan menekapnya pada bahagian mata. Boleh juga menggunakan sudu yang disejukkan dengan ketulan ais dan kemudian letakkan pada mata. Cara ini membantu menyegarkan mata juga. 

3. Timun
Timun bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan malah baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat didalamnya membantu untuk mengurangkan sembab dan lebam pada mata. Potong dan kemudian letakkan di dalam peti ais. Setelah sejuk letakkan pada bahagian mata dan biarkan mata anda berehat dengannya.

4. Minum Air Putih
Amalan minum air putih memang banyak manfaatnya. Bukan sekadar mata malah seluruh tubuh kita memerlukan kuantiti air yang cukup. Walaupun ia tidak menghilangkan sembab dengan segera seperti kaedah lain, namun ia berfungsi untuk membantu proses pemulihan di dalam badan manusia. 

5. Uncang Teh
Celup dua uncang teh ke dalam air panas lalu diangkat dan dibiarkan suam seketika. Uncang teh yang telah suam itu kemudian diletakkan pada mata dan biarkan selama 5-10 minit atau mengikut kesesuaian anda. Kandungan kafein di dalam teh membantu mengurangkan bengkak pada mata. 

P/S : semoga petua diatas dapat membantu korang ok.  gambar dekat atas tu semua daripada encik google.

Sunday, April 20, 2014

tinggal kenangan

Assalamualaikum.
selamat malam semua.
cerita hari nie cuma nak share sikit tentang tempat study qila.
qila start belajar disana dari tahun 2011. now dah 2014 so dah 5 sem qila study disana. untuk sem 6 nnti qila dan kawan2 kena pindah ke segamat. huhu nagissss peluk pagar uitm sebab tak nak pindah ke uitm segamat.




banyak sangat kenangan dekat uitm nie. qila dengan kawan2 kena pindah sebab uitm bandaraya nak tutup dan berpindah ke pasir gudang tapi uitm kat sana khas untuk budak engineer. almaklum qila nie cuma budak banking tidak layak di uitm pasir gudang tu. qila hanya layak dekat uitm segamat je. nangisss lagi sebab kena duduk jauh daripada family. huhu qila sayang uitm bandaraya nie walaupun kampus nye kecik dan ade kekurangan. 

qila bersyukur sebab ade pensyarah yang bagus2 yang mengajar kitaorang semua. kampus kecik pun tapi macam2 ade. nak ke kelas pun dekat je tak sampai 5 minit pun. perpustakaan nye walaupun kecik tapi buku yang qila perlukan semua ade. sebab tu qila sayang kampus nie. tapi semuanya tinggal kenangan. lepas nie kena start terima kenyataan kena pindah segamat. persiapkan diri., mental dan fizikal. cehhhh qila nie macam nak pegi berperang pulak. hehe i love Uitm. Insyaallah semoga dipermudahkan segalanya ditempat yang baru. (^_^)


Saturday, April 19, 2014

magic cream

qila nak cerita sikit pasal magic cream by cathy doll. qila dah guna dalam 3 bulan. magic cream nie boleh jadikan sebagai sunblock jugak. kalau qila nak keluar pegi jalan shopping mall ke qila cuma guna magic cream nie ,bedak pact dengan eye liner. cream nie tak melekit dan cepat menyerap. cream nie best sangat2. qila beli cream nie cuma rm28 je. murahkan. cream nie boleh bertahan lama juga. dan cream nie boleh disapu dimuka dan juga badan.







Fungsi & Kelebihan L-Glutathione Magic Cream:
☆ Mengecilkan pori2
☆ Melembut dan melembab
☆ Memberi effect glowing
☆ Berkesan melindungi kemerahan & bintik2 hitam
☆ Menghilangkan warna kulit tak sekata dan kulit kusam
☆ Melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap di badan seperti bawah lengan, celah peha dll.
☆ Menggunakan bahan natural seperti gluta, susu dan vitamin c, sesuai untuk semua jenis kulit
☆ 3x lebih cerah dan glowing hanya pada pertama kali pemakaian sahaja.
☆ Laris di Korea, Jepun dan China..Produk Halal dan sudah terjual di brunei, indonesia dan singapura.
☆ L-Glutathione Magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.
☆ Mampu menyelesaikan segala masalah kulit.


**qila beli cream nie dekat insta. tapi qila lupa nama insta tu. tapi dah ramai yang jual cream nie. nnti korang boleh search di google ok.






Hati Manusia

Dia sedang menangis,
tetapi dia nampak comel apabila menangis,
ya, dia pendam sakit dalam hatinya,
dia pendam kemarahannya,
dia pendam lukanya..
agar tiada siapa yang tahu..

Dia mengesat air mata yang jatuh,
Dia menangis sendirian,
Jauh dari pandangan manusia..
Sepuas-puasnya..dan ada masa dia senyum,
Ya, itu caranya meleraikan segala masalah di jiwa..
Hanya Allah yang melihat, indah..



**walaupun sedih dan sakit simpan dan pendam je, biar diri kita sendiri je tahu. sentiasa percaya Allah ade bersama kita ketika susah dan senang. smile qila :)

Friday, April 18, 2014

kutu kucing suka mengganas di badan kucing!

peminat kucing mesti tahu pasal kutu kucing. qila memang suka kucing dekat rumah qila ade bela 5 ekor kucing. qila akan sentiasa ambil tahu keadaan kucing qila. kalau kucing tu start menggaru-garu maknanya adalah kutu dekat badan dieorang. banyak ubat yang dijual di kedai pet untuk menghapuskan kutu2 nie. antaranya spray frontline, spot on, dan boleh juga membeli shampoo kutu untuk kucing. tapi kalau shampoo kucing nie lambat sikit nak menhapuskan kutu. kalau korang nak cari ubat kutu  nie semua boleh pegi ke pet shop atau ke kilinik vet. 


1) spray frontline
cara menggunakan frontline:
  • Sembur beberapa hembusan ke kulit kucing tetapi pastikan semburan bertentangan dengah arah bulu kucing anda.
  • pastikan selak terlebih dahulu bulu kucing hingga nampak kulit
  • semburkan pada kulit tengkuk, leher, ketiak, cela-cela kaki dan pangkal ekor.
  • Jarak semburan dalam linkungan 10cm – 30 cm (satu/satu setengah jengkal)
  • Bagi kucing yang berbulu lebat, ratakan bulu-bulu kucing sehingga semburan sampai ke kulit kucing anda.  
p/s : kucing yang telah di semburkan dengan frontline boleh di mandikan  selepas seminggu.


2) advantage spot-on

cara menggunakan spot-on :
bukak penutup tiub, selak bulu kucing ditengkuk lepas tu letakkan ubat spot-on di tengkuk kucing. ubat nie bahaya kalau dijilat oleh kucing. tu sebabnya kena letak kat tengkuk kucing. asingkan kucing yang dah letak spot-on dengan kucing lain supaya kucing lain tidak terjilat. seminggu lepas letak ubat spot-on tu baru boleh mandi.

3) shampoo kutu kucing (machiko)
cara menggunakan shampoo kutu :
gunakan shampoo seminggu sekali untuk mematikan kutu.  semasa mandikan kucing jangan sampai terkena di mata kucing. basahkan badan kucing dengan air hangat lepas tu baru amik shampoo dan sapu dekat badan kucing dengan rata.

ok tu jelah qila mampu kongsikan untuk menghapuskan kutu yang mengganas dibadan kucing. gambar2 dekat atas tu semua diambil daripada en. google. 

Thursday, April 17, 2014

hapuskan jerawat jerawat yang mengganas!


malam nie nak citer pasal produk hilangkan jerawat. kadang2 jerawat nie suka menganas dekat muka. benci dengan jerawat. bila ade jerawat je macam kurang keyakinan. cewahhhh. hee qila sekarang pengguna safi yang colour biru tuu. dulu qila suka  tukar produk untuk muka. lepas tu mulalah naik bintik2 merah, gatal-gatal. sesiapa yang kulit sensitif macam qila try guna safi. mana la tahu membantu  menghapuskan jerawat yang degil. 



yang dekat atas ni produk safi yang qila gunakan. Alhamdulilah qila ok je pakai produk nie. lagipun produk yang qila gunakan ni berasaskan gamat. mula dari kiri tu adelah krim jerawat boleh digunakan dekat jerawat yang besar2 insyaallah lepas pakai krim ni membantu kecutkan jerawat. yang tengah pulak ialah pencuci muka guna dua kali sehari. tapi kalau kulit berminyak boleh cuci 3 kali sehari. last sekali pelembap muka. pelembap muka digunakan lepas kita cuci muka. qila guna dua kali sehari, pagi dengan malam. krim jerawat tu boleh digunakan bila perlu sahaja. SAFI pilihan qila. cehhh promote safi. semoga apa yang qila share malam nie membantu mereka2 untuk memilih produk kecantikkan. heee

si tembam yang comel.

malam nie kita nak share pasal budak kecik sorang nie. nie anak buah kesayangan. nama Nur Zara Qaireen. umur 9 bulan. nak berkenalan? hee ok main2 je. anak buah kita nie memang sentiasa je ade dengan kita kat rumah. sebab ibu qila yang jaga baby zara nie. anak buah qila nie selalu bangun pagi kol 5 atau 6 pagi, lepas tu terus ajak memain dengan die. mummy dengan ayah die la terpaksa bangun awal layan anak die yang comel nie haaa.
tengok muka si comel kat atas nie tembam kan.hehe ok kalau ibu qila jaga cuma bagi susu, bubur, biskut baby, dengan nestum baby. baby zara memang suka makan. tu yang jadi bambam comel gitu. hee

gambar kat atas tu, sempat kita bergambar dekat dalam kereta. mase tu nak pegi kenduri rumah sedara. comel je si kecik zara pakai baju rimauuu.hehe


ok last gambar, nie baby zara jenjalan dengan nenek die dengan mak uda die. mak uda tu qila lar. tengok die bergambar sampai tercengang gitu. comel je.