Sunday, June 29, 2014

My friend Tomyam...

Assalamualaikum, salam ramadhan buat pembaca blog :)

how first ramadhan? mesti teruja nak puasa kan...heee so malam ni qila nak kongsi sikit tempat untuk orang johor boleh pegi makan untuk berbuka. sebab restoran ni bukak daripada petang sampailah malam. makanan yang dieorang masak sangat sedap tu ikut tekak qila. tapi pada qila ok dan sedap dimakan. sebelum puasa qila ade pegi makan dekat restoran ni, tomyam dia tiptopppp, mantoppp. heee
korang boleh try bawa family berbuka dekat sini..




Ni restoran nya, boleh tahan besar juga restoran ni.


Ibu qila tengah menorder makanan.




Ni beberapa makanan yang ibu qila order, ade lagi makanan tapi belum sampai masa qila nak amik gambar.



Budak kecik sorang tu suka rosakkan gambar...grrrrr


Macam omel je...heee



My Friend Tomyam

Waktu Perniagaan: 18:00 - 02:00
Lokasi: Persimpangan Jalan Kempas dan Highway Pasir Gudang


*terima kasih sudi membaca*

Friday, June 20, 2014

Kenangan semalam....

Assalamualaikum and hiii semua....

Hari ni qila nak cerita pasal semalam qila keluar dengan kawan qila tengok wayang dekat 1segamat. qila dengan kawan tengok cerita hantu. heee qila sebenarnya takut nak tengok cerita hantu. tapi bila dah kawan kawan qila semua nak tengok qila pun ikutkan jelah...., qila tengok movie tajuk she devil. seram hokeyyyyy.


SHE DEVIL




Hero nye hensem, heroin nye cantik cun sesangat...


Ok sambung balik cerita pasal kenangan tu..., qila tengok cerita ni memang banyak tutup mata..., bukan takut tapi tak suka tengok muka dengan mata hantu perempuan tu. Then tengok punya tengok tiba satu part tu terkejut dengan bunyi yang kuat dengan muka hantu tu lagi. tiba tiba popcorn yang qila dengan kawan qila makan tercampak... hahaha malu betul..., nasib baik takde orang lain nampak, kecuali kawan2 qila yang lain.
Bila sampai kolej je qila teringat-ingat popcorn tercampak. bersepah dekat tempat kitaorang duduk. heee kelakar benor.... tak pernah selama ni tengok movie hantu tercampak popcorn, nasib baik popcorn tu tak tercampak dekat orang lain. kalau tak mesti lagi malu....

sape yang belum tengok atau suka tengok movie scary ni, boleh try tengok, movie nie ade kelakar, seram, kisah suami dia sanggup buat apa sahaja untuk pulihkan isteri die, sumpahhh sweet....

*terima kasih sudi membaca*

Thursday, June 19, 2014

Morning in Segamat :)

Assalamualaikum and hii semua...
maaf maaf sekali lagi tak dapat blogwalking blog korang untuk beberapa hari yang lepas...
hari ni baru boleh online kejap then check2 nuffnang..., guesss what.., qila dapat cpuv lagi...
thanks to nuffnang, walaupun dah jarang bukak blog, jarang update tapi tetap beri campaign cpuv.
sayang nuffnang sangat sangat..., promise setia dengan nuffnang je...



Kelazatan korean daripada Bulgogi Brothers


kalau nampak iklan macam dekat atas ni tolong qila click ok... selain tu korang boleh tengok2 gambar burgers Bulgogi Brothers, nampak macam sedap sangat..., tapi qila blom pernah try lagi..., so korang boleh jemput baca blog abang beautifulnara...., untuk peminat peminat burgers boleh try korean burgers.



*terima kasih sudi membaca*

Thursday, June 12, 2014

OneSegamat !

Assalamualaikum and hiii semua...

Post hari ni qila nak throwback hari sabtu yang lepas, qila dengan kawan qila pegi ke onesegamat. not bad onesegamat semua ade. ade wayang, ade tuttifruitti, ade bigapple. heee semua adelah. Masa qila keluar dengan kawan qila pegi onesegamat, qila pegi makan dekat Oldtown white coffee. sedap jugak makanan dekat sana.



*Smile*


Nasi ape tah namanya, qila lupa, tapi memang sedap sangatttt...


Air yang qila minum tu pun sedap, chocolate ape tah nama dia. air dia blend atas letak macam cream. sedapppp



 Restoran oldtown white coffee ni ade macam2 jenis makanan dengan minuman dengan harga yang berpatutan. so korang patut mencuba. heee :)


*terima kasih sudi membaca*

Wednesday, June 11, 2014

Uitm Segamat !!

Assalamualaikum and hiiii semua...

Rindunya la hai blog qila ni, dah berhabuk sikit  sebab dah lama tak update. so malam ni sempat qila singgah blog korang... maaf sesangat tak sempat nak blogwalking bila dekat segamat. Line internet asyik tak ade je. huhu hari ni qila balik rumah sebab dekat segamat bosan la sangat2. qila cuti 3 hari so sempat nak singgah blog korang.





Kunci bilik qila dengan kawan dekat Uitm segamat.
(Suluk Belingkung)

Bilik qila dekat Uitm segamat ni besar lah amat, berbeza dekat larkin dulu. dalam bilik qila ade 3 org je termasuk qila. Sorang satu kunci yang dibekalkan oleh pihak uitm segamat. thanks to Uitm segamat sebab bagi budak2 daripada larkin bilik yang sangat sangat besar untuk qila dan kawan.

Tapi satu je dekat Uitm segamat ni semua tempat jauh, cafe nya jauh, kelasnya jauh, boleh dikatakan semuanya jauh, setiap hari sampai kelas mesti baju dah basah sebab berpeluh-peluh nak sampai kelas.
Budak Larkin mestila merungut dan membandingkan uitm larkin dengan uitm segamat. tapi nak buat macam mana last sem so haruslah kena tempuhi segala rintangan... cehwahhhh 

Insyaallah i will love u Uitm segamat. masih terus mencuba serasikan diri dekat tempat yang baru, pensyarah baru dan semuanya baru. huhu


*terima kasih sudi membaca*

Wednesday, June 4, 2014

I love u nuffnang ;)

Assalamualaikum and hiii semua...

Hari ni buka je nuffnang tetiba ternampak ada campaign cpuv untuk qila. Alhamdulilah...., yahooo! happy sesangat... thanks nuffnang !






Sunday, June 1, 2014

Aiskrim Goreng Homemade :)

Assalamualaikum and hiii semua...

Hari ni my mom buat aiskrim goreng untuk qila. senang je nak buatnya guna roti, aiskrim, dengan cawan. simple je bahan yang digunakan. Aiskrim tu suka hati nak guna aiskrim perisa apa, kalau qila guna aiskrim perisa keladi. qila memang suka aiskrim keladi. bila dah siap simpan dalam peti ais 5 jam then baru goreng. Makan sambil tengok tv dengan family sangat sangat la best.



Aiskrim goreng dan bahannya 

Ibu qila gunakan roti gardenia. terpulang korang nak guna roti jenis ape.


 Aiskrim perisa keladi


 bila aiskrim dah siap masukkan dalam roti lepas tu baru masukkan dalam peti ais.


 Aiskrim goreng dah siap digoreng.


See? sedap bila gigit je aiskrim goreng tu ranggup luar dia. 

*Terima Kasih sudi membaca*