Thursday, April 17, 2014

hapuskan jerawat jerawat yang mengganas!


malam nie nak citer pasal produk hilangkan jerawat. kadang2 jerawat nie suka menganas dekat muka. benci dengan jerawat. bila ade jerawat je macam kurang keyakinan. cewahhhh. hee qila sekarang pengguna safi yang colour biru tuu. dulu qila suka  tukar produk untuk muka. lepas tu mulalah naik bintik2 merah, gatal-gatal. sesiapa yang kulit sensitif macam qila try guna safi. mana la tahu membantu  menghapuskan jerawat yang degil. 



yang dekat atas ni produk safi yang qila gunakan. Alhamdulilah qila ok je pakai produk nie. lagipun produk yang qila gunakan ni berasaskan gamat. mula dari kiri tu adelah krim jerawat boleh digunakan dekat jerawat yang besar2 insyaallah lepas pakai krim ni membantu kecutkan jerawat. yang tengah pulak ialah pencuci muka guna dua kali sehari. tapi kalau kulit berminyak boleh cuci 3 kali sehari. last sekali pelembap muka. pelembap muka digunakan lepas kita cuci muka. qila guna dua kali sehari, pagi dengan malam. krim jerawat tu boleh digunakan bila perlu sahaja. SAFI pilihan qila. cehhh promote safi. semoga apa yang qila share malam nie membantu mereka2 untuk memilih produk kecantikkan. heee

si tembam yang comel.

malam nie kita nak share pasal budak kecik sorang nie. nie anak buah kesayangan. nama Nur Zara Qaireen. umur 9 bulan. nak berkenalan? hee ok main2 je. anak buah kita nie memang sentiasa je ade dengan kita kat rumah. sebab ibu qila yang jaga baby zara nie. anak buah qila nie selalu bangun pagi kol 5 atau 6 pagi, lepas tu terus ajak memain dengan die. mummy dengan ayah die la terpaksa bangun awal layan anak die yang comel nie haaa.
tengok muka si comel kat atas nie tembam kan.hehe ok kalau ibu qila jaga cuma bagi susu, bubur, biskut baby, dengan nestum baby. baby zara memang suka makan. tu yang jadi bambam comel gitu. hee

gambar kat atas tu, sempat kita bergambar dekat dalam kereta. mase tu nak pegi kenduri rumah sedara. comel je si kecik zara pakai baju rimauuu.hehe


ok last gambar, nie baby zara jenjalan dengan nenek die dengan mak uda die. mak uda tu qila lar. tengok die bergambar sampai tercengang gitu. comel je.