Sunday, April 27, 2014

Roti telur versi Chef Qila

Assalamualaikum,

hai blog buddies...
hari nie qila nak share resepi, petang tadi qila lapar, so qila terfikir nak buat makanan simple je, hari nie chef qila nak kongsi resepi roti telur versi chef qila. hehe roti telur yang simple tapi sedap. qila tahu mesti ramai pandai buat roti telur nie kan. tapi qila tetap nak kongsi dengan korang.....



Roti Telur versi Chef Qila


Cara-caranya:
1)sediakan pinggan, kuali leper, roti dipotong tengah, garam, serbuk lada hitam dan marjerin.
2)pecahkan telur dalam pinggan, lepas tu masukkan garam sedikit, serbuk lada hitam sikit dan kacau sebati.
3)kuali leper dipanaskan dan diletakkan sedikit marjerin diatas kuali.
4)roti yang dipotong tu dicelupkan dalam bancuhan telur tadi dan boleh digoreng.
5)terbalikkan bila dah nampak kekuningan.
6)selepas habis dirogeng boleh dimakan.


jeng....jeng...jeng... dah siap roti telur versi chef qila, qila makan roti telur nie dengan sambal yang ibu qila buat. tapi kalau korang nak makan dengan sos pun boleh. sedap jugak makan dengan sos.




selamat menjamu selera dan selamat mencuba resepi chef qila :)