Friday, April 18, 2014

kutu kucing suka mengganas di badan kucing!

peminat kucing mesti tahu pasal kutu kucing. qila memang suka kucing dekat rumah qila ade bela 5 ekor kucing. qila akan sentiasa ambil tahu keadaan kucing qila. kalau kucing tu start menggaru-garu maknanya adalah kutu dekat badan dieorang. banyak ubat yang dijual di kedai pet untuk menghapuskan kutu2 nie. antaranya spray frontline, spot on, dan boleh juga membeli shampoo kutu untuk kucing. tapi kalau shampoo kucing nie lambat sikit nak menhapuskan kutu. kalau korang nak cari ubat kutu  nie semua boleh pegi ke pet shop atau ke kilinik vet. 


1) spray frontline
cara menggunakan frontline:
  • Sembur beberapa hembusan ke kulit kucing tetapi pastikan semburan bertentangan dengah arah bulu kucing anda.
  • pastikan selak terlebih dahulu bulu kucing hingga nampak kulit
  • semburkan pada kulit tengkuk, leher, ketiak, cela-cela kaki dan pangkal ekor.
  • Jarak semburan dalam linkungan 10cm – 30 cm (satu/satu setengah jengkal)
  • Bagi kucing yang berbulu lebat, ratakan bulu-bulu kucing sehingga semburan sampai ke kulit kucing anda.  
p/s : kucing yang telah di semburkan dengan frontline boleh di mandikan  selepas seminggu.


2) advantage spot-on

cara menggunakan spot-on :
bukak penutup tiub, selak bulu kucing ditengkuk lepas tu letakkan ubat spot-on di tengkuk kucing. ubat nie bahaya kalau dijilat oleh kucing. tu sebabnya kena letak kat tengkuk kucing. asingkan kucing yang dah letak spot-on dengan kucing lain supaya kucing lain tidak terjilat. seminggu lepas letak ubat spot-on tu baru boleh mandi.

3) shampoo kutu kucing (machiko)
cara menggunakan shampoo kutu :
gunakan shampoo seminggu sekali untuk mematikan kutu.  semasa mandikan kucing jangan sampai terkena di mata kucing. basahkan badan kucing dengan air hangat lepas tu baru amik shampoo dan sapu dekat badan kucing dengan rata.

ok tu jelah qila mampu kongsikan untuk menghapuskan kutu yang mengganas dibadan kucing. gambar2 dekat atas tu semua diambil daripada en. google. 

No comments:

Post a Comment