Thursday, May 8, 2014

tips atau cara mengawal perasaan gugup atau gementar (nervous)

Assalamualaikum and hii semua.

rindunya dekat blog nie, dah lama juga qila tak update dekat blog nie, cehwahhh sebenarnya baru 2 hari tak update tapi macam dah lama pula rasanya. hehe hari ni qila nak bagi tips atau cara untuk kita mengawal perasaan gugup atau gementar. perasaan gugup atau gementar ni memang semua pernah lalui. 

mereka yang mula merasa gugup atau gementar mula tidak duduk diam, rasa berdebar-debar, dan berpeluh2. qila pun mula rasa gugup atau gementar nie sebab esok result nak keluar. tu yang tercetus idea nak buat post pasal nervous ni. bila nak dapat result je mesti berdebar2. rasa seram sejuk nak tunggu result.huhu 


tips atau cara mengawal perasaan gugup atau gementar (nervous) :

1) Banyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin

2) Lakukan pernafasan sehingga anda rasa lega. tarik nafas sedalam-dalamnya lepas tu hembus. anda akan rasa perasaan gugup anda semakin berkurangan.

3) Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin dan pasti boleh berjaya.

4)Katakan pada diri sendiri apa sahaja yang akan berlaku atau terjadi anda sedia untuk menanggungnya atau redha terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

p/s: semoga tips2 ini dapat menbantu korang kurangkan perasaan gugup (nervous). Doakan qila dapat result yang cemerlang :)

2 comments: