Assalamualaikum.
korang semua mesti penah ade eye bag...
tipulah klau takde. lagi2 pelajar, mesti ade. qila pun ade eye bag. qila sentiasa amalkan mestilah ambil wuduk kan, lepas tu qila selalu amalkan minum air putih. itu membantu kurangkan eye bag qila. kalau nak kurangkan eye bag, korang kena kurangkan tido lewat. sebab selalu tido lewat nie yang menyebabkan ade eye bag. maybe petua2 dekat bawah nie dapat bantu kurangkan eye bag korang. semoga berjaya hilangkan eye bag.

1. Wuduk
Sentiasa
mengamalkan wuduk sekerap yang mungkin kerana dengan itu bukan sahaja
mata malah seluruh wajah anda akan tampah berseri dan bercahaya. Wuduk
juga mampu menyegarkan muka dan membersihkan muka dari kotoran akibat
terdedah kepada persekitaran sepanjang haro.
2. Ketulan Ais/ Ais Batu
Kaedah
ini antara kaedah lama dan yang kerap diamalkan terutama untuk
mengurangkan bengkak pada bahagian bawah mata. Ia dilakukan dengan cara
membungkus ketulan ais dengan kain dan menekapnya pada bahagian mata.
Boleh juga menggunakan sudu yang disejukkan dengan ketulan ais dan
kemudian letakkan pada mata. Cara ini membantu menyegarkan mata juga.
3. Timun
Timun
bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan malah baik untuk mata.
Kandungan astringent yang terdapat didalamnya membantu untuk
mengurangkan sembab dan lebam pada mata. Potong dan kemudian letakkan di
dalam peti ais. Setelah sejuk letakkan pada bahagian mata dan biarkan
mata anda berehat dengannya.
4. Minum Air Putih
Amalan
minum air putih memang banyak manfaatnya. Bukan sekadar mata malah
seluruh tubuh kita memerlukan kuantiti air yang cukup. Walaupun ia tidak
menghilangkan sembab dengan segera seperti kaedah lain, namun ia
berfungsi untuk membantu proses pemulihan di dalam badan manusia.
5. Uncang Teh
Celup
dua uncang teh ke dalam air panas lalu diangkat dan dibiarkan suam
seketika. Uncang teh yang telah suam itu kemudian diletakkan pada mata
dan biarkan selama 5-10 minit atau mengikut kesesuaian anda. Kandungan
kafein di dalam teh membantu mengurangkan bengkak pada mata.
P/S : semoga petua diatas dapat membantu korang ok. gambar dekat atas tu semua daripada encik google.
No comments:
Post a Comment